Monday, 13 October 2014

Usahawan Berjaya Di Malaysia (Tan Sri Anthony Francis Fernandes)

Tan Sri Anthony Francis Fernandes (Tony Fernandes) merupakan antara usahawan yang pernah saya kaji dari semester satu dalam universiti. Beliau memperolehi minda yang tidak dapat diteka oleh orang lain. Keistimewaan dan keberanian mengambil dan mengira risiko beliau amat berbaloi untuk dipelajari.

Muka hadapan Majalah Forbes Asia
Tony Fernandes


Tan Sri Anthony Francis Fernandes - "Believe the unbelievable. Dream the impossible. Never take no for an answer".

Pada masa dahulu, Tony Fernandes sentiasa mengikut ibunya ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Terdapat banyak pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi beliau dari situ. Selepas memperolehi ijazah universiti daripada London School of Economics (sebuah universiti jurusan ekonomi yang terkemuka di dunia), beliau bekerja sebagai juruaudit di Virgin Airlines. Beliau juga pernah bekerja sebagai pengawal kewangan kepada sebuah syarikat di London.
Selepas pulang ke Malaysia, beliau menyertai syarikat Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Beliau bekerja sebagai pengarah urusan di dalam syarikat tersebut pada umur 27. Pada sepanjang waktu beliau berada di syarikat Warner Music, beliau juga pernah menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Akan tetapi, beliau meninggalkan syarikat tersebut kerana impiannya adalah untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan. Impian penubuhan syarikat penerbangan tambang rendahnya tidak direstui oleh kerajaan Malaysia setelah permohonan lesennya ditolak.
Pada masa itu, kebanyakan syarikat penerbangan mengenakan tambang yang amat tinggi bagi penerbangan yang berkualiti biasa sahaja. Oleh itu, ia mengukuhkan keinginan Tony Fernandes untuk memulakan syarikat penerbangan tambang rendah.
Namun, ia tidak memberhentikan beliau daripada impiannya. Pada Oktober 2001, beliau berpeluang bertemu dengan bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir. Tun Dr Mahathir menasihati Tony Fernandes untuk membeli syarikat penerbangan yang sedia ada keran ia lebih mudah dikendali. Oleh itu, Tony Fernandes membuat keputusan untuk membeli sebuah syarikat penerbangan bernama AirAsia yang sedang mengalami hutang teruk pada masa tersebut. Beliau memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpannya untuk membeli syarikat tersebut yang mempunyai dua buah kapal terbang Boeing.
Dengan hutang mencecah RM40 juta pada masa itu, syarikat AirAsia boleh dikatakan sebagai syarikat yang boleh diisyitiharkan bankrup. Keputusan beliau dalam pembelian syarikat AirAsia yang mempunyai hutang keliling pinggang dikatakan keputusan orang gila. Keazaman dan kebolehan Tony Fernandes membuktikan bahawa orang lain adalah salah. Di bawah kepimpinan beliau, AirAsia mampu melangsingkan hutang dengan banyak dalam masa setahun sahaja. Dengan perubahan imej dan konsep yang baharu, Tony Fernandes mampu meningkatkan tawaran saham (IPO) dengan peningkatan permintaan sebanyak 130 peratus.
Daripada hanya 2 laluan penerbangan pada tahun 2001, AirAsia mampu meningkatkan jumlah laluan sehingga 101 laluan pada tahun 2012. Kini, syarikat AirAsia mempunyai pelanggan hampir 15 juta setahun. AirAsia juga pernah membeli 200 Airbus 320 kapal terbang yang bernilai $18 billion yang menunjukkan kebolehan dan kemampuan syarikat yang begitu menakjubkan kini. Syarikat Tony Fernandes begitu berjaya disebabkan oleh misinya yang teguh iaitu: membawa sebanyak penumpang yang ia mampu pada tambang yang rendah.
Beliau mengurangkan kos syarikat melalui pelbagai cara yang berkesan. Antara sebab keazaman beliau yang patut dicontohi adalah disebabkan oleh perkara lalu pada zaman persekolahannya. Pada masa dahulu, beliau dihantar ke London untuk pembelajaran tetapi beliau tidak dapat pulang ke rumah pada cuti semester kerana tambang penerbangan yang terlalu mahal. Beliau sentiasa melawat ke lapangan terbang pada cuti semesternya walaupun tidak dapat pulang. Ini kerana beliau sentiasa menunggu peluang untuk mendapat tiket penerbangan yang murah supaya dapat pulang ke rumah.
Kini, Tony Fernandes mampu menawarkan servis penerbangan dengan tambang yang amat rendah kepada orang ramai. Selain itu, beliau berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:

  1. Tiger Airways, sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines;
  2. Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia;
  3. Nok Air, sebuah syarikat Thailand; dan
  4. Lion Air, sebuah syarikat Indonesia.

Beliau juga mengusahakan perniagaan dalam bidang hotel iaitu Tune Hotel. Hotel tersebut merupakan hotel bajet yang mengutamakan PPU (pay-per-use) agar penghuni tidak dikenakan bayaran untuk servis yang tidak diperlukan. Tune Hotel juga mencapai kejayaan dan amat terkenal dalam Asia Tenggara.

Antara anugerah yang pernah diperolehi beliau adalah:
  • Honor of the Commander of the Order of the British Empire oleh Her Majesty Queen Elizabeth II
  • World’s Most Creative People in Business
  • Inaugural ‘Travel Business Leaders Award’  oleh CNB
  • Visionaries & Leadership Series oleh International Herald Tribune
  • Malaysian CEO Of The Year 2003
  • Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003
  • 25 Stars of Asia 
Kata-kata berguna yang diketengahkan oleh Tony Fernandes:
  • Dream big
  • Encourage your people to pursue their passions
  • Break down hierarchy
  • Hire the right people
  • Be clear about your mission

Sumber maklumat dan maklumat lanjut mengenai Tan Sri Anthony Francis Fernandes:


No comments:

Post a Comment