![]() |
| Robert Kuok muncul dalam Majalah Forbes |
Biodata Ringkas
Robert Kuok merupakan anak bongsu dan mempunyai dua orang abang. Beliau lahir di Johor Bahru, Johor. Robert Kuok merupakan graduan Raffles Institution, Singapore. Kemudian, beliau bekerja di syarikat Mitsubishi, sebuah syarikat Jepun dari tahun 1942 hingga 1945. Selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 1948,
Robert Kuok dan dua-dua orang abangnya mengasas Kuok Brothers Sdn Bhd pada tahun 1949, sebuah organisasi bertumpu agrikultur. Beliau mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak Jepun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Robert Kuok memulakan perniagaan gula pada tahun 1959 iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. Pada tahun 1961, beliau berupaya membeli gula pada harga yang amat rendah dari India sebelum harganya melonjak tinggi. Disebabkan oleh kejayaannya dalam industri gula, beliau digelar sebagai 'Sugar King of Asia'.
Pada tahun 1971, beliau memulakan perniagaan hotel pertama iaitu Shangri-La hotel di Singapura. Beliau memperolehi sebidang tanah di Hong Kong pada tahun 1977. Di Hong Kong, beliau memulakan perniagaan hotelnya yang kedua iaitu Kowloon Shangri-La.
Pada Oktober 2009, PPB Group kepunyaan Robert Kuok menjualkan unit gulanya kepada Felda serta tanah tebu untuk RM1.29 billion.
Perniagaan
Kuok Group mempunyai banyak pelaburan di negara-negara seperti Singapura, China, Fiji, Thailand, Indonesia dan Australia. Yang menakjubkan adalah Robert Kuok sebagai pemunya Beijing World Trade Centre. Robert Kuok mempunyai sebuah perniagaan yang memberi pendapatan terbesar padanya, iaitu Wilmar International, perniagaan kelapa sawit. Perniagaan tersebut diurus oleh anak saudaranya, Kuok Khoon Hong, seorang warganegara Singapura.

No comments:
Post a Comment