Evolusi Definisi Keusahawanan
Keusahawanan diperkenalkan pada abad ke-17. Menurut Richard
Cantillon istilah “entrepreneur” berasal daripada bahasa Perancis
“entreprendre” maksud bagi merujuk seseorang yang peranannya sebagai orang yang
sanggup mengambil risiko dalam mengejar peluang-peluang yang ada. Selain itu,
beliau juga mengatakan bahawa “non-fixed income earners who pay known costs of
production but earn uncertain incomes” yang bermaksud usahawan adalah orang
yang mengaut keuntungan yang tidak tentu dengan kos produksi yang tertentu.
(Entrepreneurship: Wikipedia)
Selain itu, terdapat juga beberapa tokoh-tokoh yang terkenal
yang mendefinisikan istilah keusahawanan:
(i) 1934:
Joseph Schumpeter - Innovators who change the status quo to set up new products
and new services. (Pamela, 2013)
(ii) 1982:
Meredith, Nelson & Neck - Entrepreneurs are people who have the ability to
see & evaluate business opportunities, to gather the necessary resources
& take advantage of them, and to initiate appropriate action to ensure
success. (Gaurkar)
(iii) 1985:
Peter Drucker - Entrepreneur as someone who maximizes opportunity.
Entrepreneurship arises in response to what the entrepreneur sees an untapped
or untaken opportunities. (Drucker, 1985)
Evolusi Kegiatan Ekonomi
Sebelum Merdeka
Masyarakat pada masa dahulu menjalankan kegiatan ekonomi
untuk menyara diri dan keluarga. Pada mulanya, masyarakat memburu binatang liar
seperti ayam hutan, ikan, burung dan berbagai-bagai binatang lain yang boleh
dijadikan makanan atau tujuan pertukaran barter. Kegiatan memburu yang mempunyai
risiko tinggi bagi masyarakat biasa menjadikan pertanian dan bercucuk tanam
sebagai kegiatan ekonomi yang baharu.
Masyarakat Tanah Melayu pada dahulunya menanam tanaman
seperti lada, sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Ada yang bercucuk tanam
untuk kegunaan sendiri manakala sesetengah menggunakan untuk pertukaran barter.
Sistem sara diri telah berkekalan dari dahulu hingga kini masih terdapat
masyarakat luar bandar yang berbuat demikian. Bercucuk tanam dan penternakan
merupakan satu kegiatan sara diri yang menandakan bermulanya kehidupan yang
saling berhubung dan bergantungan antara satu sama lain.
Perdagangan diperkenalkan di Malaysia semasa zaman
penjajahan. Antara barang yang diperdagangkan ialah bijih timah, emas, manik,
besi, daging dan lain-lain. Terdapat beberapa lokasi strategik yang dijadikan
tumpuan pedagang seperti Selat Melaka, Kuala Selinsing dan sebagainya. Era
penjajahan telah membawa perkembangan kepada kegiatan perlombongan, perhutanan
dan perikanan.
Mengenai penjajahan kuasa asing, Malaysia dahulunya dijajah oleh warga Portugis, British, Belanda dan Jepun. Pada suatu ketika penjajahan oleh British, terdapat satu dasar diperkenalkan, iaitu dasar pecah dan perintah. Strategi ini membezakan kegiatan ekonomi kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu bertanggungjawab dalam hal pentadbiran dan pertanian manakala kaum Cina menguasai kegiatan perlombongan dan perniagaan. Yang tinggalnya kaum India pula menjalankan kegiatan perladagangn di estet.
Tujuan warga British melaksanakan dasar ini adalah untuk mengelakkan perpaduan ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu pada waktu tersebut. Kaum Melayu yang dikatakan sebagai pengasas Tanah Melayu diberi peluang dalam hal pentadbiran kerana warga British ingin mendapatkan kepercayaan mereka dan terus menguasai Tanah Melayu.
Kesan daripada dasar tersebut, rakyat yang kaya menjadi semakin kaya manakala rakyat yang miskin menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki yang lebih terutamanya yang bekerja di luar bandar.
Selepas Merdeka
Kerajaan telah membangunkan pelbagai dasar baharu seperti Dasar Ekonomi Baru (1971 - 1990), Dasar Pembangunan Negara DPN (1991 - 2000) dan Dasar Wawasan 2020 (1991 - 2020).
No comments:
Post a Comment