Friday, 26 September 2014

Usahawan Sosial - Dr. Muhammad Yunus

Terma usahawan sosial kerap menjadi topik perbualan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan pada masa kini. Seorang usahawan yang berjaya bukanlah semata-mata bertumpu pada keuntungan dan perkembangan perniagaan. Para usahawan perlulah meletakkan masyarakat sebagai tumpuan utama.

Usahawan sosial adalah usahawan yang dapat mengenal pasti masalah sosial dan berupaya menyelesaikan masalah tersebut dengan kaedah yang inovasi. Usahawan sosial berfokus pada peningkatan taraf hidup manusia termasuklah mereka cipta atau menginovasi sistem sedia ada. Segala perubahan yang dilakukan adalah dalam skala yang besar dan panjang.

Antara ciri-ciri umum seorang usahawan sosial adalah:
  • Berwawasan tinggi
  • Kreatif dan Inovatif
  • Prihatin
Menurut Bill Drayton, iaitu pengasas dan CEO Ashoka, usahawan sosial adalah:
"Social entrepreneurs are not content just to give a fish or teach how to fish. They will not rest until they have revolutionized the fishing industry."

Professor Muhammad Yunus
Professor Muhammad Yunus
Butiran Ringkas
Dr Muhammad Yunus lahir pada 28 Jun 1940 di Chittagong, Bangladesh. Beliau merupakan anak ke-3 daripada 14 orang adik beradik. Beliau mendapat pengaruh daripada ayahnya yang mengetengahkan pendidikan. Namun pengaruh yang terbesar datang daripada ibunya, Sufia Khatun yang sering menolong rakyat yang miskin.

Dr Muhammad Yunus dinobat Nobel Peace Prize pada tahun 2006 disebabkan oleh sumbangan dan ideanya dalam membantu masyarakat Bangladesh. Pada masa itu, masyarakat Bangladesh mengalami kemiskinan dan kebuluran yang amat serius. Dr Muhammad Yunus yang juga merupakan pakar ekonomi dari Chittagong University, Bangladesh, telah menjalankan satu penyelidikan mengenai taraf hidup rakyat Bangladesh.

Pada sekitar tahun 1970-an, Dr Muhammad Yunus meminjam sebilangan wang kepada segelintir penganyam bakul. Beliau mendapati bahawa jumlah wang yang tidak seberapa tersebut dapat membantu mereka dengan banyak. Oleh itu, pada tahun 1983 Dr Muhammad Yunus menubuhkan Grameen Bank. Grameen bank memberi pinjaman wang (micro-credit) dalam terma yang panjang. Pinjaman yang diluluskan mampu menolong lebih daripada 8 juta rakyat Bangladesh. Pinjaman tersebut diberi dalam jumlah dan faedah yang bersesuaian.

Usaha Dr Muhammad Yunus bukan sahaja terhad kepada penubuhan bank dan pinjaman, ia juga termasuklah pendidikan ekonomi. Dr Muhammad mendidik rakyat mengenai beberapa konsep kewangan dan mampu menolong mereka dalam pengurusan wang.

Rujukan:
What is social entrepreneurship?
http://www.pbs.org/opb/thenewheroes/whatis/

Professor Muhammad Yunus
http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/peace/laureates/2006/yunus-facts.html
http://www.grameen-info.org/index.php?option=com_content&task=view&id=329&Itemid=363

Thursday, 25 September 2014

Usahawan Terkaya di Asia Tenggara (2014) - Dhanin Chearavanont

Dhanin Chearavanont muncul
dalam Majalah Forbes Asia

Menurut laporan yang dikemukakan oleh Forbes List of World Billionaires pada tahun 2013, Dhanin Chearavanont merupakan usahawan terkaya di Asia Tenggara ($14.3 billion) melepasi Robert Kuok.

Dhanin dan keluarganya memiliki Charoen Pokhphand Group (C.P. Group). C.P. Group mempunyai pendapatan sebanyak $46.5 billion dan mempunyai jumlah asset yang bernilai $50.1 billion. C.P. Group merupakan antara konglomerat terbesar di Asia dan beroperasi dalam agrikultur, telekomunikasi, pemasaran, logistik dan pengedaran, automotif dan sebagainya. C.P. Group juga merupakan antara rakan kongsi perniagaan kepada Honda, Wal Mart dan Tesco. Walaubagaimanapun, kekayaannya dipercayai menurun disebabkan hutang yang tinggi.

Usahawan Terkaya di Malaysia (2014) - Robert Kuok


Robert Kuok muncul
dalam Majalah Forbes
Robert Kuok kini memegang gelaran sebagai usahawan terkaya (asset berjumlah $11.5 billion) di Malaysia (Feb 2014). Beliau mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap ekonomi Malaysia. Beliau lahir pada 6 Oktober 1923 iaitu berumur 90 tahun kini.

Biodata Ringkas
Robert Kuok merupakan anak bongsu dan mempunyai dua orang abang. Beliau lahir di Johor Bahru, Johor. Robert Kuok merupakan graduan Raffles Institution, Singapore. Kemudian, beliau bekerja di syarikat Mitsubishi, sebuah syarikat Jepun dari tahun 1942 hingga 1945. Selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 1948,
Robert Kuok dan dua-dua orang abangnya mengasas Kuok Brothers Sdn Bhd pada tahun 1949, sebuah organisasi bertumpu agrikultur. Beliau mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak Jepun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Robert Kuok memulakan perniagaan gula pada tahun 1959 iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. Pada tahun 1961, beliau berupaya membeli gula pada harga yang amat rendah dari India sebelum harganya melonjak tinggi. Disebabkan oleh kejayaannya dalam industri gula, beliau digelar sebagai 'Sugar King of Asia'.

Pada tahun 1971, beliau memulakan perniagaan hotel pertama iaitu Shangri-La hotel di Singapura.  Beliau memperolehi sebidang tanah di Hong Kong pada tahun 1977. Di Hong Kong, beliau memulakan perniagaan hotelnya yang kedua iaitu Kowloon Shangri-La.

Pada Oktober 2009, PPB Group kepunyaan Robert Kuok menjualkan unit gulanya kepada Felda serta tanah tebu untuk RM1.29 billion.

Perniagaan
Kuok Group mempunyai banyak pelaburan di negara-negara seperti Singapura, China, Fiji, Thailand, Indonesia dan Australia. Yang menakjubkan adalah Robert Kuok sebagai pemunya Beijing World Trade Centre. Robert Kuok mempunyai sebuah perniagaan yang memberi pendapatan terbesar padanya, iaitu Wilmar International, perniagaan kelapa sawit. Perniagaan tersebut diurus oleh anak saudaranya, Kuok Khoon Hong, seorang warganegara Singapura. 

Wednesday, 24 September 2014

Evolusi Keusahawanan

Evolusi Definisi Keusahawanan
Keusahawanan diperkenalkan pada abad ke-17. Menurut Richard Cantillon istilah “entrepreneur” berasal daripada bahasa Perancis “entreprendre” maksud bagi merujuk seseorang yang peranannya sebagai orang yang sanggup mengambil risiko dalam mengejar peluang-peluang yang ada. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa “non-fixed income earners who pay known costs of production but earn uncertain incomes” yang bermaksud usahawan adalah orang yang mengaut keuntungan yang tidak tentu dengan kos produksi yang tertentu. (Entrepreneurship: Wikipedia)
Selain itu, terdapat juga beberapa tokoh-tokoh yang terkenal yang mendefinisikan istilah keusahawanan:
(i) 1934: Joseph Schumpeter - Innovators who change the status quo to set up new products and new services. (Pamela, 2013)
(ii) 1982: Meredith, Nelson & Neck - Entrepreneurs are people who have the ability to see & evaluate business opportunities, to gather the necessary resources & take advantage of them, and to initiate appropriate action to ensure success. (Gaurkar)
(iii) 1985: Peter Drucker - Entrepreneur as someone who maximizes opportunity. Entrepreneurship arises in response to what the entrepreneur sees an untapped or untaken opportunities. (Drucker, 1985)

Evolusi Kegiatan Ekonomi
Sebelum Merdeka
Masyarakat pada masa dahulu menjalankan kegiatan ekonomi untuk menyara diri dan keluarga. Pada mulanya, masyarakat memburu binatang liar seperti ayam hutan, ikan, burung dan berbagai-bagai binatang lain yang boleh dijadikan makanan atau tujuan pertukaran barter. Kegiatan memburu yang mempunyai risiko tinggi bagi masyarakat biasa menjadikan pertanian dan bercucuk tanam sebagai kegiatan ekonomi yang baharu.
Masyarakat Tanah Melayu pada dahulunya menanam tanaman seperti lada, sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Ada yang bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri manakala sesetengah menggunakan untuk pertukaran barter. Sistem sara diri telah berkekalan dari dahulu hingga kini masih terdapat masyarakat luar bandar yang berbuat demikian. Bercucuk tanam dan penternakan merupakan satu kegiatan sara diri yang menandakan bermulanya kehidupan yang saling berhubung dan bergantungan antara satu sama lain.
Perdagangan diperkenalkan di Malaysia semasa zaman penjajahan. Antara barang yang diperdagangkan ialah bijih timah, emas, manik, besi, daging dan lain-lain. Terdapat beberapa lokasi strategik yang dijadikan tumpuan pedagang seperti Selat Melaka, Kuala Selinsing dan sebagainya. Era penjajahan telah membawa perkembangan kepada kegiatan perlombongan, perhutanan dan perikanan.

Mengenai penjajahan kuasa asing, Malaysia dahulunya dijajah oleh warga Portugis, British, Belanda dan Jepun. Pada suatu ketika penjajahan oleh British, terdapat satu dasar diperkenalkan, iaitu dasar pecah dan perintah. Strategi ini membezakan kegiatan ekonomi kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu bertanggungjawab dalam hal pentadbiran dan pertanian manakala kaum Cina menguasai kegiatan perlombongan dan perniagaan. Yang tinggalnya kaum India pula menjalankan kegiatan perladagangn di estet.
Tujuan warga British melaksanakan dasar ini adalah untuk mengelakkan perpaduan ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu pada waktu tersebut. Kaum Melayu yang dikatakan sebagai pengasas Tanah Melayu diberi peluang dalam hal pentadbiran kerana warga British ingin mendapatkan kepercayaan mereka dan terus menguasai Tanah Melayu.
Kesan daripada dasar tersebut, rakyat yang kaya menjadi semakin kaya manakala rakyat yang miskin menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki yang lebih terutamanya yang bekerja di luar bandar.

Selepas Merdeka
Kerajaan telah membangunkan pelbagai dasar baharu seperti Dasar Ekonomi Baru (1971 - 1990), Dasar Pembangunan Negara DPN (1991 - 2000) dan Dasar Wawasan 2020 (1991 - 2020).