Monday, 13 October 2014

Usahawan Berjaya di Malaysia (Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary)


Tujuan saya memilih usahawan berikut adalah disebabkan oleh keazamaannya yang kuat dan beliau berani dan pandai mencari peluang di dalam bidang perniagaan. Banyak iktibar yang boleh dipelajari daripada kerjaya beliau.
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah seorang usahawan Melayu terkaya di Malaysia. Beliau digelar sebagai Wira Dermawan Asia hasil projek dan aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh beliau sepanjang kerjayanya. Tan Sri Syed Mokhtar  juga merupakan Tokoh Melayu Terbilang 2009 dan diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Berikut merupakan antara progres perniagaan dan kerjayanya.
Pada mulanya, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan penanaman sayuran dengan ibunya di kampung halamannya iaitu Alor Setar, Kedah untuk menampung keluarganya. Beliau juga terlibat dalam penjualan roti canai yang merupakan sebahagian daripada perniagaan keluarganya. Selepas itu, Tan Sri Syed Mokhtar  membantu bapanya dalam pengusahaan penternakan lembu dan kerbau. Malang tidak berbau, wabak melanda dan menyebabkan perniagaan tersebut terpaksa diberhentikan.
Selepas kejadian wabak yang teruk tersebut, beliau mengambil alih pernigaan penternakan kepunyaan bapanya. Beliau beralih kepada pengusahaan daging lembu dan kerbau pada sekitar tahun 1970 selepas mengambil peperiksaaan Sijil Penilaian Menengah (SPM). Perniagaan tersebut amat berjaya dan meningkatkan keyakinan dan pengalamannya dalam bidang perniagaan. Kemudian, beliau melibatkan diri dalam bidang pengangkutan pula. Pada mulanya, beliau memperolehi pinjaman dana daripada MARA.
Tan Sri Syed Mokhtar membeli beberapa buah lori dan menubuhkan syarikat pengangkutan yang dinama Syarikat Pengangkutan Sentosa. Lori-lori kepunyaannya digunakan kemudian dalam perniagaan beras yang baharu. Syarikat Shah ditubuhnya pada tahun 1975 dan beliau berjaya mendapat lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (BERNAS). Syarikat beliau membekalkan beras kepada pihak FELDA, MARA SENAMA, Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd.
Selain perniagaan daging, pengangkutan dan beras, beliau juga menubuhkan syarikat bersama 2 orang peniaga Cina iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Beliau memegang 52% saham majority dalam syarikat tersebut yang dinamakan Bukhary Sdn Bhd pada 15 Julai 1976. Melalui Bukhary Sdn Bhd, Tan Sri Syed Mokhtar  mengembangkan perniagaannya ke perniagaan gula. Pada sekitar tahun 1977, Bukhary (KL) Sdn Bhd ditubuhkan oleh beliau. Syarikat tersebut diberikan kontrak untuk membekalkan beras, teh, tepung  coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan.
Usaha beliau dalam bidang perniagaan sememangnya menakjubkan. Bukan itu sahaja, beliau juga menubuhkan Susu Mas Sdn Bhd dan menjalankan usahasama dengan syarikat New Zealand Milk Products. Beliau memegang 51% daripada usahasama tersebut. Malangnya pada tahun 1985, beliau menjualkan kepentingannya dalam Susu Mas kerana kemelesetan ekonomi. Berkat dan tuah Tan Sri Syed Mokhtar berterusan selepas beliau menyertai Ekspo Perdagangan Canton, China. Beliau menjalankan sistem barter dengan pihak peniaga dari China. Beliau menukar koko Malaysia dengan teh dari China.
Tan Sri Syed Mokhtar menjejak bidan pembuatan selepas itu. Beliau mendapat kontrak pembuatan pakaian seragam tentera daripada Kementerian Pertahanan. Beliau menubuhkan Amtek Holdings yang membekalkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division yang membekalkan pakaian seragam tentera. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian untuk membeli Spark Manshop. Beliau memperolehi hak memperbuat dan memasarkan pakaian jenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Tan Sri Syed Mokhtar juga melibatkan diri dalam bidang perkapalan. Beliau menubuh Bukhari Shipping dan menjadi broker kapal di bawah polisi CABOTAGE daripada Perbendaharaan Malaysia. Beliau membeli sebuah kapal buatan Jerman yang bernilai USD1 juta. Kapal tersebut dinama Angsa Mas dan mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Akan tetapi perniagaan tersebut mengalami kerugian teruk dan beliau terpaksa menjualkan kapal tersebut dengan nilai USD600 000.
Beliau melibatkan diri di dalam bidang pembangunan hartanah. Beliau membeli bidang tanah di Alor Setar dan mengusahakan beberapa projek perumahan di bawah Syarikat Bukhary Development. Selepas Dasar Penswastaan diperkenalkan, beliau membeli Johor Port melalui tender bernilai RM330 juta menerusi menerusi program penswastaan lalu menjayakan pelabuhan Tanjung Pelepas. Tan Sri Syed Mokhtar juga membeli Johor Tenggar Oil Palm yang bernilai RM135 juta. Apabila bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %) dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo.
Selepas berbagai-bagai jenis perniagaan yang diceburi beliau, Tan Sri Syed Mokhtar juga membeli MMC Corporation yang merupakan syarikat kejuruteraan dengan nilai RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad. Beliau memperolehi kontrak untuk membina lebuh raya pantai timur. Kemudian, beliau, menubuhkan DRB-Hicom Bhd dan membeli syarikat kereta lotus dari Proton yang bernilai RM1.29 bilion. Kini, DRB-Hicom miliki 32.21% dalam Pos Malaysia Bhd.
Berikut merupakan antara pemilikan saham Tan Sri Syed Mokhtar:
  1. Malakoff Berhad (22.7%) 
  2.  IJM Corporation (20%)
  3. Benas (18%)
  4. Pernas International Holdings Berhad (32%)
  5. Fiamma Holdings Berhad (18.7%)
  6. MPH (kepentingan  100%)

5 Nasihat Tan Sri Syed Mokhtar
  1. Jangan terlibat di dalam perniagaan berbentuk Ali-Baba. Orang Melayu mengambil ekuiti yang diperuntukkan kepada mereka, dan kemudiannya menjual kepada orang Cina dengan harga yang lebih tinggi. Melayu terbabit hanya terlibat dalam perniagaan pada nama sahaja, realitinya yang menjalankan perniagaan tersebut ialah orang Cina. Contoh seperti pajak permit & lesen, dan IPO.
  2. Sebagai peniaga, adalah penting untuk tidak sekadar menjadi budak suruhan sahaja. Perlu ada inovasi dan sentiasa memajukan diri dan perniagaan. Daripada pembekal menjadi pengeluar (industri pembuatan).
  3. Jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan anda.
  4. Buat dahulu, bercakap kemudian.
  5. Kekayaan mesti diagih. Apabila anda membuat wang, anda juga harus memberi.
 
Sumber maklumat dan maklumat lanjut Tan Sri Syed Mokhtar:

Sunday, 12 October 2014

Pocari Sweat (Akihiko Otsuka) dan Aqua (Tirto Utomo)



Persamaan
Walaupun kedua-dua syarikat tersebut berasal dari negara yang berlainan (Jepun dan Indonesia) namun terdapat persamaan dari strategi pemasarannya. Pada mula terciptanya minuman Pocari Sweat, strategi pemasaran yang digunakan untuk memperkenalkan minuman tersebut adalah menerusi jualan langsung. Ketua jabatan pemasaran syarikat Otsuka bersama rakan sekerjanya mengunjungi kedai-kedai serbaneka dan kedai lain untuk memperkenalkan Pocari Sweat. Bagi minuman Aqua pula, pekerja-pekerja syarikat Aqua memperkenalkan minuman tersebut dengan mengunjungi rumah kediaman masyarakat. Walaupun kedua-dua syarikat tersebut menemui kegagalan untuk menarik minat orang tetapi pengurus tersebut tidak mengalah.

Persamaan yang kedua adalah kedua-dua syarikat tersebut gagal menemui segmen pasaran yang tepat. Oleh itu, munculnya kegagalan pada mula produk tersebut dipasarkan. Pocari Sweat tidak terfikir bahawa produknya sesuai bagi segmen orang yang telah bekerja keras, bersukan atau berpeluh. Sebab itulah rasa Pocari Sweat aneh dan tidak sedap. Manakala Aqua pula menetapkan harganya terlalu rendah pada mula produk tersebut diperkenalkan dan tidak dapat menonjolkan kelebihannya sebagai produk berkualiti dan sihat. Oleh itu pengguna tidak membelinya dengan anggapan bahawa ia merupakan minuman jernih yang biasa.

Perbezaan
Terdapat banyak perbezaan antara syarikat Pocari Sweat dan Aqua.

Produk
Pocari Sweat menjual minuman ringan yang diperbuat daripada komposisi peluh (keringat). Ia berperisa kurang manis dan sedikit pahit. Minuman tersebut dijual dalam tin aluminium. Manakala Aqua menjual minuman mineral yang tidak mempunyai sebarang rasa. Ia dijual dalam botol kaca dan plastik.

Sumber Idea Produk
Minuman Pocari Sweat adalah diperbuat hasil daripada kajian dan ujian oleh pakar ujikaji dan pengasasnya. Setelah suatu tempoh masa yang panjang baharu muncullah produk tersebut dan kemudiannya dipasarkan. Manakala sumer idea minuman Aqua adalah daripada pengalaman dan pemerhatian pengasasnya iaitu Tirto Utomo. Beliau memerhatikan pelabur asing dalam sebuah syarikat dan tercetuslah idea untuk membuat dan menjual minuman ‘air putih’ yang sihat dan dijual dalam botol.

Promosi
Selain promosi secara jualan langsung, kedua-dua syarikat tersebut juga berbeza. Pocari Sweat dijual melalui kiosk dengan harga yang rendah. Setelah usaha tersebut gagal, Pocari Sweat diberi secara percuma kepada pengguna yang sesuai untuk satu tempoh yang panjang sehingga berjaya dipasar. Manakala Aqua mempromosikan produknya dengan menjadi penaja rasmi bagi pelbagai acara dan program. Syarikat Aqua juga membekalkan air bersih kepada segelintir masyarakat di  hulu, tengah dan hilir. Syarikat Aqua pernah mengadakan program untuk mendidik para ibu tentang kebaikan air sihat dan bagaimana untuk membezakannya dengan air lain.

Analisis Strategi
Strategi yang digunakan oleh kedua-dua buah syarikat juga amat luar biasa dan sesuai dijadikan sebagai iktibar.

Pocari Sweat
Berdasarkan tayangan video mengenai asal-usul Pocari Sweat, terdapat beberapa strategi yang diambil oleh Akihiko Otsuka dalam usaha memproses dan memasarkan produknya. Pada mulanya, pembantu Akihiko ingin memproses minuman infuse tetapi Akihiko memberitahunya bahawa masa tersebut tidak sesuai walaupun idea pembantunya amat bagus. Akihiko berpandangan jauh dengan menunggu masa yang sesuai iaitu pada waktu trend kesedaran terhadap kepentingan kesihatan. Maka pembantunya menghasilkan produk sihat yang baharu iaitu minuman yang diperbuat daripada komposisi peluh. Ia bertujuan meningkatkan tenaga dan mencergaskan tubuh. Akihiko juga berani mengambil risiko kerana apabila usaha pemasaran pada mulanya gagal, beliau berani memberi percubaan percuma kepada lapisan masyarakat yang sesuai sebagai langkah pengenalan. Usaha memasarkan produk melalui jualan langsung daripada pekerjanya juga berguna kerana komunikasi dan interaksi penjual dengan pembeli yang lebih akrab dan mantap.

Aqua
Usaha Aqua juga amat luar biasa. Pada mulanya produk tersebut tidak mendapat galakan yang baik kerana harganya yang murah. Pada tanggapan pengguna, produk yang sihat dan berkualiti sepatutnya berharga tetapi harga minuman Aqua murah. Syarikat Aqua mengalami rugi yang amat teruk. Tirto Utomo berani mengambil risiko dengan meningkatkan harga minumannya sehingga 175 Rupiah. Sedangkan kesemua orang menganggap meningkatkan harga akan menurunkan permintaan tetapi usaha Tirto membuktikan orang lain yang dirinya betul. Jualan meningkat sebanyak 30% setelah peningkatan harga.  Beliau meletakkan perspektif pengguna dahulu kerana tanpa pengguna maka tiada jualan. Syarikat Aqua juga menjalankan tanggungjawab sosial dengan membekalkan air bersih kepada masyarakat. Terdapat juga program mendidik para ibu tentang kebaikan air sihat dan bagaimana untuk membezakannya dengan air lain. Selain membantu masyarakat, produk Aqua juga semakin dikenali orang ramai. Usaha joint venture dengan syarikat global, Danone juga merupakan usaha syarikat Aqua dalam pasaran produknya. Hasil gabungan tersebut meningkatkan jualan air daripada 1 billion liter sehingga 10 billion liter dalam masa 4 tahun sahaja.
 

Friday, 26 September 2014

Usahawan Sosial - Dr. Muhammad Yunus

Terma usahawan sosial kerap menjadi topik perbualan dalam bidang keusahawanan dan perniagaan pada masa kini. Seorang usahawan yang berjaya bukanlah semata-mata bertumpu pada keuntungan dan perkembangan perniagaan. Para usahawan perlulah meletakkan masyarakat sebagai tumpuan utama.

Usahawan sosial adalah usahawan yang dapat mengenal pasti masalah sosial dan berupaya menyelesaikan masalah tersebut dengan kaedah yang inovasi. Usahawan sosial berfokus pada peningkatan taraf hidup manusia termasuklah mereka cipta atau menginovasi sistem sedia ada. Segala perubahan yang dilakukan adalah dalam skala yang besar dan panjang.

Antara ciri-ciri umum seorang usahawan sosial adalah:
  • Berwawasan tinggi
  • Kreatif dan Inovatif
  • Prihatin
Menurut Bill Drayton, iaitu pengasas dan CEO Ashoka, usahawan sosial adalah:
"Social entrepreneurs are not content just to give a fish or teach how to fish. They will not rest until they have revolutionized the fishing industry."

Professor Muhammad Yunus
Professor Muhammad Yunus
Butiran Ringkas
Dr Muhammad Yunus lahir pada 28 Jun 1940 di Chittagong, Bangladesh. Beliau merupakan anak ke-3 daripada 14 orang adik beradik. Beliau mendapat pengaruh daripada ayahnya yang mengetengahkan pendidikan. Namun pengaruh yang terbesar datang daripada ibunya, Sufia Khatun yang sering menolong rakyat yang miskin.

Dr Muhammad Yunus dinobat Nobel Peace Prize pada tahun 2006 disebabkan oleh sumbangan dan ideanya dalam membantu masyarakat Bangladesh. Pada masa itu, masyarakat Bangladesh mengalami kemiskinan dan kebuluran yang amat serius. Dr Muhammad Yunus yang juga merupakan pakar ekonomi dari Chittagong University, Bangladesh, telah menjalankan satu penyelidikan mengenai taraf hidup rakyat Bangladesh.

Pada sekitar tahun 1970-an, Dr Muhammad Yunus meminjam sebilangan wang kepada segelintir penganyam bakul. Beliau mendapati bahawa jumlah wang yang tidak seberapa tersebut dapat membantu mereka dengan banyak. Oleh itu, pada tahun 1983 Dr Muhammad Yunus menubuhkan Grameen Bank. Grameen bank memberi pinjaman wang (micro-credit) dalam terma yang panjang. Pinjaman yang diluluskan mampu menolong lebih daripada 8 juta rakyat Bangladesh. Pinjaman tersebut diberi dalam jumlah dan faedah yang bersesuaian.

Usaha Dr Muhammad Yunus bukan sahaja terhad kepada penubuhan bank dan pinjaman, ia juga termasuklah pendidikan ekonomi. Dr Muhammad mendidik rakyat mengenai beberapa konsep kewangan dan mampu menolong mereka dalam pengurusan wang.

Rujukan:
What is social entrepreneurship?
http://www.pbs.org/opb/thenewheroes/whatis/

Professor Muhammad Yunus
http://www.nobelprize.org/nobel_prizes/peace/laureates/2006/yunus-facts.html
http://www.grameen-info.org/index.php?option=com_content&task=view&id=329&Itemid=363

Thursday, 25 September 2014

Usahawan Terkaya di Asia Tenggara (2014) - Dhanin Chearavanont

Dhanin Chearavanont muncul
dalam Majalah Forbes Asia

Menurut laporan yang dikemukakan oleh Forbes List of World Billionaires pada tahun 2013, Dhanin Chearavanont merupakan usahawan terkaya di Asia Tenggara ($14.3 billion) melepasi Robert Kuok.

Dhanin dan keluarganya memiliki Charoen Pokhphand Group (C.P. Group). C.P. Group mempunyai pendapatan sebanyak $46.5 billion dan mempunyai jumlah asset yang bernilai $50.1 billion. C.P. Group merupakan antara konglomerat terbesar di Asia dan beroperasi dalam agrikultur, telekomunikasi, pemasaran, logistik dan pengedaran, automotif dan sebagainya. C.P. Group juga merupakan antara rakan kongsi perniagaan kepada Honda, Wal Mart dan Tesco. Walaubagaimanapun, kekayaannya dipercayai menurun disebabkan hutang yang tinggi.

Usahawan Terkaya di Malaysia (2014) - Robert Kuok


Robert Kuok muncul
dalam Majalah Forbes
Robert Kuok kini memegang gelaran sebagai usahawan terkaya (asset berjumlah $11.5 billion) di Malaysia (Feb 2014). Beliau mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap ekonomi Malaysia. Beliau lahir pada 6 Oktober 1923 iaitu berumur 90 tahun kini.

Biodata Ringkas
Robert Kuok merupakan anak bongsu dan mempunyai dua orang abang. Beliau lahir di Johor Bahru, Johor. Robert Kuok merupakan graduan Raffles Institution, Singapore. Kemudian, beliau bekerja di syarikat Mitsubishi, sebuah syarikat Jepun dari tahun 1942 hingga 1945. Selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 1948,
Robert Kuok dan dua-dua orang abangnya mengasas Kuok Brothers Sdn Bhd pada tahun 1949, sebuah organisasi bertumpu agrikultur. Beliau mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak Jepun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Robert Kuok memulakan perniagaan gula pada tahun 1959 iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. Pada tahun 1961, beliau berupaya membeli gula pada harga yang amat rendah dari India sebelum harganya melonjak tinggi. Disebabkan oleh kejayaannya dalam industri gula, beliau digelar sebagai 'Sugar King of Asia'.

Pada tahun 1971, beliau memulakan perniagaan hotel pertama iaitu Shangri-La hotel di Singapura.  Beliau memperolehi sebidang tanah di Hong Kong pada tahun 1977. Di Hong Kong, beliau memulakan perniagaan hotelnya yang kedua iaitu Kowloon Shangri-La.

Pada Oktober 2009, PPB Group kepunyaan Robert Kuok menjualkan unit gulanya kepada Felda serta tanah tebu untuk RM1.29 billion.

Perniagaan
Kuok Group mempunyai banyak pelaburan di negara-negara seperti Singapura, China, Fiji, Thailand, Indonesia dan Australia. Yang menakjubkan adalah Robert Kuok sebagai pemunya Beijing World Trade Centre. Robert Kuok mempunyai sebuah perniagaan yang memberi pendapatan terbesar padanya, iaitu Wilmar International, perniagaan kelapa sawit. Perniagaan tersebut diurus oleh anak saudaranya, Kuok Khoon Hong, seorang warganegara Singapura. 

Wednesday, 24 September 2014

Evolusi Keusahawanan

Evolusi Definisi Keusahawanan
Keusahawanan diperkenalkan pada abad ke-17. Menurut Richard Cantillon istilah “entrepreneur” berasal daripada bahasa Perancis “entreprendre” maksud bagi merujuk seseorang yang peranannya sebagai orang yang sanggup mengambil risiko dalam mengejar peluang-peluang yang ada. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa “non-fixed income earners who pay known costs of production but earn uncertain incomes” yang bermaksud usahawan adalah orang yang mengaut keuntungan yang tidak tentu dengan kos produksi yang tertentu. (Entrepreneurship: Wikipedia)
Selain itu, terdapat juga beberapa tokoh-tokoh yang terkenal yang mendefinisikan istilah keusahawanan:
(i) 1934: Joseph Schumpeter - Innovators who change the status quo to set up new products and new services. (Pamela, 2013)
(ii) 1982: Meredith, Nelson & Neck - Entrepreneurs are people who have the ability to see & evaluate business opportunities, to gather the necessary resources & take advantage of them, and to initiate appropriate action to ensure success. (Gaurkar)
(iii) 1985: Peter Drucker - Entrepreneur as someone who maximizes opportunity. Entrepreneurship arises in response to what the entrepreneur sees an untapped or untaken opportunities. (Drucker, 1985)

Evolusi Kegiatan Ekonomi
Sebelum Merdeka
Masyarakat pada masa dahulu menjalankan kegiatan ekonomi untuk menyara diri dan keluarga. Pada mulanya, masyarakat memburu binatang liar seperti ayam hutan, ikan, burung dan berbagai-bagai binatang lain yang boleh dijadikan makanan atau tujuan pertukaran barter. Kegiatan memburu yang mempunyai risiko tinggi bagi masyarakat biasa menjadikan pertanian dan bercucuk tanam sebagai kegiatan ekonomi yang baharu.
Masyarakat Tanah Melayu pada dahulunya menanam tanaman seperti lada, sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Ada yang bercucuk tanam untuk kegunaan sendiri manakala sesetengah menggunakan untuk pertukaran barter. Sistem sara diri telah berkekalan dari dahulu hingga kini masih terdapat masyarakat luar bandar yang berbuat demikian. Bercucuk tanam dan penternakan merupakan satu kegiatan sara diri yang menandakan bermulanya kehidupan yang saling berhubung dan bergantungan antara satu sama lain.
Perdagangan diperkenalkan di Malaysia semasa zaman penjajahan. Antara barang yang diperdagangkan ialah bijih timah, emas, manik, besi, daging dan lain-lain. Terdapat beberapa lokasi strategik yang dijadikan tumpuan pedagang seperti Selat Melaka, Kuala Selinsing dan sebagainya. Era penjajahan telah membawa perkembangan kepada kegiatan perlombongan, perhutanan dan perikanan.

Mengenai penjajahan kuasa asing, Malaysia dahulunya dijajah oleh warga Portugis, British, Belanda dan Jepun. Pada suatu ketika penjajahan oleh British, terdapat satu dasar diperkenalkan, iaitu dasar pecah dan perintah. Strategi ini membezakan kegiatan ekonomi kaum Melayu, Cina dan India. Kaum Melayu bertanggungjawab dalam hal pentadbiran dan pertanian manakala kaum Cina menguasai kegiatan perlombongan dan perniagaan. Yang tinggalnya kaum India pula menjalankan kegiatan perladagangn di estet.
Tujuan warga British melaksanakan dasar ini adalah untuk mengelakkan perpaduan ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu pada waktu tersebut. Kaum Melayu yang dikatakan sebagai pengasas Tanah Melayu diberi peluang dalam hal pentadbiran kerana warga British ingin mendapatkan kepercayaan mereka dan terus menguasai Tanah Melayu.
Kesan daripada dasar tersebut, rakyat yang kaya menjadi semakin kaya manakala rakyat yang miskin menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki yang lebih terutamanya yang bekerja di luar bandar.

Selepas Merdeka
Kerajaan telah membangunkan pelbagai dasar baharu seperti Dasar Ekonomi Baru (1971 - 1990), Dasar Pembangunan Negara DPN (1991 - 2000) dan Dasar Wawasan 2020 (1991 - 2020).


Thursday, 12 December 2013

Assignment 3 (MY LIFE)

Brief Description of My Life.

Hello everyone! What is all about me? My name is Choo Zhan Zhun and I’m 21 years old. I’m from Ipoh (place where the tastiest foods are!) and I’m living with my family. I’m currently in second year of my degree course of Business Administration in Universiti Utara Malaysia (UUM). There are a lot of amazing things to be talk about my life actually.

First and foremost, I got my lovely parents, an elder brother, a twin brother and also a sister. I have a pretty girlfriend that teaches me to become a better person. They are definitely the one that I could not afford to lose. All of them care me like how I wished for and can you imagine how great that is? Talk about my home, it’s a semi-D terrace house located at Ipoh and it’s full of lovely bonsai that my father would love them so much. Not forgetting the home’s guard dog that always cheers people up with its unique behavior.

I love playing basketball and whenever I’m stressed, playing basketball will be able to cool me down. My favourite team in NBA is Los Angeles Lakers and favourite player is Kobe Bryant. His pure talent motivates me to play better and improve myself. His hard work and passion gives me the energy to move on in my life.

Besides, I love wildlife and it opens up my mind whenever I’m pessimistic (my greatest weakness!). The wonderful wildlife and nature relaxes my mind. This is another reason why I love animals. I personally think that animals are great and should be protected no matter how. Most of them are not aggressive except when they are in harm or hurt.

There are few more people that actually motivate my life and lead me to better life. The legendary Bruce Lee is one of them and his quotes teach me not to be lazy and always work hard to achieve what we wanted for. He teaches me that there are no limits, there are only plateaus, and we must not stay there instead we must go beyond them. This is how I remind myself whenever I feel hopeless and upset.

I hope to succeed in my life and being respected as a useful person. I believe that without effort, there will be no success at all.

This is a simple photo slideshow about my life.


This is a simple video of myself about my personal details.